CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 9, 2009

Topik Prasekolah













PeNdEKaTaN PeLBaGai DaLaM PeMbeLajaRaN
Dalam pendidikan prasekolah guru hendaklah menggunakan pelbagai pendekatan,kaedah dan teknik agar pengajaran dan pembelajaran dalam prasekolah mampu mengembangkan diri,keupayaan,bakat dan minat kanak-kanak.Aktiviti yang dirancang di dalam kelas prasekolah mesti melibatkan kanak-kanak secara maksima supaya pembelajaran menjadi lebih aktif dan bermakna bagi mereka.Antara pendekatan yang disyorkan adalah ,pendekatan belajar melalui bermain, pendekatan pembelajaran bertema dan pendekatan penggunaan komputer dan multimedia.

Belajar sambil bermain

Sememangnya kita tahu, naluri semulajadi kanak-kanak memang suka bermain,jadi dengan itu minat bermain itu perlu disalurkan dalam bentuk yang positif, supaya kita dapat menyeimbangkan proses bermain dengan belajar ke arah membentuk kurikulum dan persekitaran pembelajaran kanak-kanak yang efektif. Kaedah bermain penting kerana ia boleh mengembangkan potensi kanak-kanak dari segi kognitif afektif,psikomotor,emosi,kreativiti dan rohani.Menurut Rubin,Fein dan Vandenberg ( 1983) "Play has been defined in variety of ways such as relaxation,surplus energy, practice and wish fulfillment"Manakala Levy(1978) pula menyatakan enam perkara berlaku apabila kanak-kanak bermain:
Menggerakkan motivasi intrinsik kanak-kanak
Memberi peluang kanak-kanak bergerak bebas
Mendedahkan aktiviti yang sebenar kepada kanak-kanak
Melatih kanak-kanak memberi fokus atau tumpuan dalam pembelajaran
Memberi peluang kanak-kanak menguasai permainan
Penglibatan kanak-kanak secara maksima.
(Rujukan: Perkembangan pendidikan prasekolah,kumpulan Budiman Sdn.Bhd,2006)

Pengajaran Bertema

Melalui pengajaran bertema, kanak-kanak dapat membina kemahiran dan mempelajari topik2 tertentu dalam ruang lingkup yg luas. Di sini, peluang untuk kanak-kanak lebih terbuka di mana kanak-kanak boleh menerokai pelbagai pengalaman melalui penglibatan yg aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pengajaran ini juga perlu menitik beratkan minat kanak-kanak supaya sesuai dengan latar belakang pengalaman dan tahap perkembangan kanak-kanak.

Penggunaan Komputer dan Multimedia

Kita tahu penggunaan komputer di prasekolah pada masa ini bukan satu perkara yang luar biasa, malah kebanyakan kanak-kanak sekarang sudah mula celik it berbanding kanak-kanak pada zaman dahulu. Sememangnya pengunaan komputer dan multimedia ini penting dalam P&P, kerana ia dapat memupuk pelbagai kecekapan seperti menggalakkan potensi imaginative, kreatif, emosi dan pemikiran logik dan kritikal. Bagi penggunaan komputer dan multimedia dalam pengajaran, guru perlu memilih perisian yang sesuai dengan kurikulum supaya kecerdasan atau IQ kanak-kanak dapat dikukuhkan dari segi pengalaman , pelbagai kecekapan dan peluang pembelajaran dalam melahirkan perasaan.

Kesimpulannya, pelbagai pendekatan boleh dilaksanakan dalam prasekolah untuk memanfaatkan setiap individu yang berbeza dalam sesebuah kelas. melalui pelbagai pendekatan ini, guru dapat mengekalkan tumpuan kanak-kanak dalam proses pengajaran dan pembelajaran di samping memberikan keseronokan dalam diri seseorang kanak-kanak.

0 comments: