CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 20, 2009

MENGENAL BENTUK ASAS MELALUI BENDA



BEKAS MENGKUANG ( SEGI EMPAT )


JAM ( BULAT )



ROTI SANDWICH ( SEGI TIGA )
semua benda ini adalah bentuk-bentuk asas yg boleh dilihat di sekeliling kita...adik-adik boleh memerhatikan keadaan sekeliling dan cuba perhatikan dan mengecam bentuk-bentuk yang ada di sekeliling adik...selamat mencuba...

Monday, January 19, 2009

MENGENAL BENTUK-BENTUK ASAS


BULAT



SEGI TIGA


SEGI EMPAT
Ini adalah bentuk-bentuk asas yang perlu adik-adik pelajari pada hari ini...walau bagaimanapun, terdapat banyak lagi bentuk-bentuk yang ada di sekeliling kita..cuma hari ini, kita hanya perlu pelajari bentuk-bentuk asas sahaja...selamat belajar mengenal bentuk-bentuk asas adik-adik...


















Thursday, January 15, 2009

twiggy cartoon


Twiggy - The Environmental Superhero - Cartoon from Andrew Chainey on Vimeo.

Sunday, January 11, 2009

DuNiA ImAGiNaSi & FaNtaSi...










Dunia kanak-kanak adalah dunia imaginasi dan fantasi...

dengan dunia ini mereka meneroka alam sekeliling untuk belajar..

penerokaan imaginasi dan fantasi dalam hidup mereka memberikan
keseronokkan untuk mereka belajar dan terus belajar...

Friday, January 9, 2009

Topik Prasekolah













PeNdEKaTaN PeLBaGai DaLaM PeMbeLajaRaN
Dalam pendidikan prasekolah guru hendaklah menggunakan pelbagai pendekatan,kaedah dan teknik agar pengajaran dan pembelajaran dalam prasekolah mampu mengembangkan diri,keupayaan,bakat dan minat kanak-kanak.Aktiviti yang dirancang di dalam kelas prasekolah mesti melibatkan kanak-kanak secara maksima supaya pembelajaran menjadi lebih aktif dan bermakna bagi mereka.Antara pendekatan yang disyorkan adalah ,pendekatan belajar melalui bermain, pendekatan pembelajaran bertema dan pendekatan penggunaan komputer dan multimedia.

Belajar sambil bermain

Sememangnya kita tahu, naluri semulajadi kanak-kanak memang suka bermain,jadi dengan itu minat bermain itu perlu disalurkan dalam bentuk yang positif, supaya kita dapat menyeimbangkan proses bermain dengan belajar ke arah membentuk kurikulum dan persekitaran pembelajaran kanak-kanak yang efektif. Kaedah bermain penting kerana ia boleh mengembangkan potensi kanak-kanak dari segi kognitif afektif,psikomotor,emosi,kreativiti dan rohani.Menurut Rubin,Fein dan Vandenberg ( 1983) "Play has been defined in variety of ways such as relaxation,surplus energy, practice and wish fulfillment"Manakala Levy(1978) pula menyatakan enam perkara berlaku apabila kanak-kanak bermain:
Menggerakkan motivasi intrinsik kanak-kanak
Memberi peluang kanak-kanak bergerak bebas
Mendedahkan aktiviti yang sebenar kepada kanak-kanak
Melatih kanak-kanak memberi fokus atau tumpuan dalam pembelajaran
Memberi peluang kanak-kanak menguasai permainan
Penglibatan kanak-kanak secara maksima.
(Rujukan: Perkembangan pendidikan prasekolah,kumpulan Budiman Sdn.Bhd,2006)

Pengajaran Bertema

Melalui pengajaran bertema, kanak-kanak dapat membina kemahiran dan mempelajari topik2 tertentu dalam ruang lingkup yg luas. Di sini, peluang untuk kanak-kanak lebih terbuka di mana kanak-kanak boleh menerokai pelbagai pengalaman melalui penglibatan yg aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pengajaran ini juga perlu menitik beratkan minat kanak-kanak supaya sesuai dengan latar belakang pengalaman dan tahap perkembangan kanak-kanak.

Penggunaan Komputer dan Multimedia

Kita tahu penggunaan komputer di prasekolah pada masa ini bukan satu perkara yang luar biasa, malah kebanyakan kanak-kanak sekarang sudah mula celik it berbanding kanak-kanak pada zaman dahulu. Sememangnya pengunaan komputer dan multimedia ini penting dalam P&P, kerana ia dapat memupuk pelbagai kecekapan seperti menggalakkan potensi imaginative, kreatif, emosi dan pemikiran logik dan kritikal. Bagi penggunaan komputer dan multimedia dalam pengajaran, guru perlu memilih perisian yang sesuai dengan kurikulum supaya kecerdasan atau IQ kanak-kanak dapat dikukuhkan dari segi pengalaman , pelbagai kecekapan dan peluang pembelajaran dalam melahirkan perasaan.

Kesimpulannya, pelbagai pendekatan boleh dilaksanakan dalam prasekolah untuk memanfaatkan setiap individu yang berbeza dalam sesebuah kelas. melalui pelbagai pendekatan ini, guru dapat mengekalkan tumpuan kanak-kanak dalam proses pengajaran dan pembelajaran di samping memberikan keseronokan dalam diri seseorang kanak-kanak.

Thursday, January 8, 2009

Dunia BlogKu..Dunia Kanak-kanak




Assalamualaikum...
pembuka bicara..

Selamat meneroka dunia blog ku...
dengan dunia, cerita dan segala hal berkaitan dengan dunia penuh warna-warni dan kreatif dalam dunia kanak-kanak...
kanak-kanak ibarat kain putih...

ibu bapalah yang mencorakkan anak mereka untuk menjadi orang yg berguna atau tidak di masa hadapan....